3 GITARIS ROCK LEGENDA Dari 2 Benua di 1 Pentas, “ROXtheNATION”

  • Bagikan

Muzik rock terus utuh dengan kedatangan tahun 2025 diraikan menerusi konsert ROXtheNATION yang mempertemukan legenda rock, ManK keedal, Jo Branko dan Eet Sjahranie di satu pentas, buat pertama kalinya.

Dianjurkan oleh FAR Worldwide Sdn Bhd, konsert dijadual berlangsung di Menara Kuala Lumpur pada 25 Januari depan.

Pengarah Projek, Ellie G, menyfatkan ROXtheNATION ibarat sebuah impian yang tertunda menerusi penyatuan figura muzik dua negara, Malaysia dan Indonesia, yang bakal memberikan energi luar biasa.

“ROXtheNATION adalah terjemahan kepada muzik rock dalam erti kata sebenar, yaitusebagai sebuah konsert yang akan menggegarkan Malaysia, dan juga sampai terdengar di Indonesia dengan persembahan yang spektakular.

“Kenapa Man Keedal, Jo Branko dan Eet Sjahranie jadi pilihan? Untuk seorang bertahan empat dekade dalam industri muzik, dikagumi dengan sentuhan yang masih berbisa menjadikan kolaborasi ini satu yang amat magikal,” katanya pada sidang media yang diadakan di Menara Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Turut hadir, Man Keedal dan Jo, selain Eet Sjahranie yang diterbangkan khas dari Indonesia. Tiket dijual pada harga RM188 (Silver), RM288 (Gold) dan RM388 (VIP), selain boleh juga dinikmati secara Live Streaming pada harga RM30. Pra jualan tiket secara dalam talian akan dibuka mulai 26 November, manakala penjualan biasa bermula 15 Disember ini. Pembelian boleh dibuat menerusi www.ilassotickets.com

Jelas Ellie G, umum mengetahui mengenai pembabitan Man Keedal, 61, antara peneraju muzik rock tanahair yang mencipta nama bersama band Lefthanded yang diasaskannya pada 1983, manakala Jo Branko, 55, pernah menjadi pemain gitar utama Wings sebelum menubuhkan Barbarik.

Menariknya, bukan saja kedua-duanya berasal dari Johor, malah juga bermain dengan tangan kidal.

Eet, 62, menurutnya pula adalah pemuzik kelahiran Bandung yang lebih dulu mencipta nama bersama band rock terkenal Indonesia, God Bless sebelum meneruskan perjuangan muziknya bersama band EdaneE.

“Baik secara individu, mahu pun berkumpulan, kolaborasi julung kali Man Keedal, Jo Branko dan Eet Sjahranie sendiri adalah keunikan ditampilkan ROXtheNation yang pastinya akan menggegarkan arena yang dapat memuatkan sehingga 3,000 audiens ini, sekali gus menjadi kenama ikon bagi para pemuzik legenda.

“Kebetulan mereka juga adalah gitaris rock dan ia menyempurnakan lagi konsert ini,” katanya yang turut mengumumkan hadiah sebuah motorsikal Harley Davidson menanti audiens bertuah ROXtheNATION.

Kata Ellie G, kerjasama dengan jenama motorsikal itu malahan menjangkau ke hal penyelenggaraan acara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Selain sebuah motorsikal Harley Davidson yang identitik dengan genre muzik rock yang disediakan sebagai hadiah untuk audiens bertuah, ada acara CSR akan disertai tiga ikon ROXtheNATION.

“CSR ini antara lain bagi menyampaikan mesej bahawa melalui muzik, berkolaborasi antara dua negara, semakin memperkuat persahabatan dua negara yang serumpun ini, iaitu Malaysia dan Indonesia,” ujarnya.

Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan ROXtheNATION dapat menjadi acara tahunan yang memanfaatkan industri dua negara ini, apatah lagi dengan edisi sulung ini yang mendapat sokongan Menara Kuala Lumpur, antara lambang ikonik Kuala Lumpur, sekaligus dipromosi sebagai destinasi pelancongan negara.

  • Bagikan